:::Ini Kisah tentang saye:::

Sunday, August 14, 2011

Cantikkah aku??



Assalamualaikum..exclaim
moga kalian sihat hendaknya..
dalam cuaca yang agak terik ni,aku rajinkan jari ini untuk terus menari
bagi menyampaikan sedikit perkongsian..
aku nak kongsi satu situasi nii..
jom2....

:95:

"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal

.

Kecantikan: Dimana nilainya??

Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan.

Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri ?

Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.

Pada aku kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita.hehe(?)
betol x??

Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?

Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?

setiap ape yang diciptakan Allah adalah sempurna..
mungkin,kita kurang dari segi paras rupa..tp xmustahil kita hebat dari segi lain kan?

ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.

Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

:face12:

hehe,entry aku kali ni panjang ckit..saje,sementara masih ade masa..
bak kata orang::
::Sharing is caring:::131:
okie..

:125:



1 comment:

Anonymous said...

kayla!!!like2 ^^
ak jmpe blOg ko kt blOg wapisnoOt..haha..nt kte wat team'buli'ding eh..ngn juniOr..haha

_aiN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...