:::Ini Kisah tentang saye:::

Thursday, January 26, 2012

:: istikharah::


'Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah)'

salam malam jumaat..malam yang penuh barakah..

jiwaku..
keresahan..
ya tuhan,mohon beri petunjuk...

kebiasaanya, apabila kita berhadapan dengan suatu situasi yang memerlukan kita untuk membuat pilihan, lantas hati ini secara fitrahnya akan tergerak untuk melakukan ISTIKHARAH..

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.



namun..

haruslah kita berhati-hati, kemungkinan apa yang kita dapat daripada mimpi adalah mainan SYAITAN,lebih2 lagi apabila keputusannya itu memudaratkan..

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]


oleh itu,marilah sama sama kita berdoa agar diberikan pilihan yang tepat, keputusan yg tulus...agar keputusan yang dibuat tidak melukakan hati mana2 pihak..
:)

*Ya Allah,sesungguhnya aku memohon petunjukMu..menanti dan terus menanti...

insan kerdil





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...