:::Ini Kisah tentang saye:::

Sunday, January 30, 2011

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti


.
Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga 
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
 
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
 
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
 
Janji Allah itu pasti
 
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]
 
www.iluvislam.com

Saturday, January 29, 2011

Lagi Sayang... Lagi Diuji

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.
"Macam mana kalau tak betul?"
Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.
 ..
....
.......
 
Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.
Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?
Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya: 

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu
Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?
Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?
Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.
Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?
Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.


Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Surah Al-Ankabut: 3-4) 

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?
Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?
Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?
Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.
Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: 
Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!



source: http://www.iluvislam.com

Thursday, January 27, 2011


We'll be there together,
and we'll never grow old.
And we'll walk hand in hand
On the streets paved of gold. 



....
.....

Feel good when somebody Miss u. 
Feel better when somebody Loves u.
But feel best when somebody never forgets u.




always be in my mind <3

Wednesday, January 19, 2011


dah lama x update blog ni...sejak masuk sem 2 ni banak sangat kerja..
tapi,aku bersyukur jadual tak sepadat sem 1..
walaupun tyme ni aku duk menaip arab,curi2 je masa untuk update blog ni.
 .
..
..
....
.....
......
.......
..........

sejak bermulanya pengajianku untuk sem 2 ni,banyak peristiwa yang berlaku..
terjadi pada kawan2ku mahupun kepada diriku sendiri..
kadang2,disebabkan iman yang lemah ini,aku tak mampu untuk menghadapi
dugaan yang melanda diriku ini..



kadang2 aku mengimbau kenangan ketika menuntut di Bumi SHAMS..
ketenangan yang kurasa dahulu,tidak lagi bersamaku..
semuanya berada dalam tanganku..
TAPI..
aku sangat tidak pandai menghargai dan menjaganya..
namun...
.
..
...
...
.....
......
........
apa yang aku harap,
ada seseorang yang akan bawa aku kembali ke jalan yang benar..
perubahan sikapku jelas ketika aku di alam matrikulasi
dalam hal ni aku xboleh nak salahkan sesiapa,semuanya salah aku,,
semanya dah berlalu..
"Even if one wanted to, one couldn't turn the clock back to an earlier age".
..
....
........
.............
.
semuanya dalam tangan aku..


 Allah tidak akan mengubah nasib seorang hamba melainkan dengan usahanya sendiri..

_salam syg buat teman.._



Friday, January 7, 2011

M.a.c.A.m..2..(=.=')

jam :10.30 a.m.
tempat menunggu :depan balai polis..
bus :Kesatuan
mood : sad..:(

malas betul aku nk bangun pagi ni..
dahla malam tu aku tido lewat..adik2 aku tak bagi tido awal kot..
besela,esok kan dah kena balik U..

*layan ajelah kan..

dalam kul 4 lebih jugakla aku tido..
esoknye kena bangun awal pulak,adik aku yang last ni suh ikut skali dia p daftar klas.
..sebelum naik bus ayah aku ajak kitorang p sarap dulu..
memang xde selera la aku nak makan..

sudah je makan..rase sakit pulaklah perut ni..meragam pulak..
beselah,nak jalan jaoh kan..
-sabar jelah..-

tunggu punye tunggu..
hampir sejam lebih jugak duk kat bus stop tu..
akhirnya muncul jugak bus ni..
time tu,memang sedih a nak tinggalkan diorang..huh!.
tapi takpelah,aku pergi ni pun nak tuntut ilmu,nanti balik jugak kan..hehe..
::nak sedapkan hatilahh..

dalam perjalanan tu tetibe lak air mata ni mengalir..adehh.lame jugakla.
harap2 lah xde yang perasan,lau ade pun ape aku kisah...=.=
nasibla aku duk sit single..

*tetibe mesej nadia masuk

nadia:da check resux??
aku:haa??dah kuar ke??
nadia:dah.

adehh..
makin sakit pulak perut aku nii..
memang time tu berkecamuk a fikiran ni.
bak kata orang..JIWA KACAU.
nak terputus urat aku..sume perasaan  ade..
dahla lame giler duk dalam bus ni..

macam nak p makkah pn ader..bertolak kul 11 lebih,sampai kat seremban pulak kul 8 lebih..
dahla tetibe sampai kat stesen bus bukit jalil..ntah pape..aku nak turon kat seremban.jaoh benar p tuhh..
lagi menyakitkan hati,kena turun pulak kat sane,then naik bus lain..
nasiblah,time tu ada lagi 4 orang dak perempuan ke destinasi yang same..
yang lagi klakar tu,sebesar2 bus tu,hanya kami 5 orang je penumpangnya..
mengarot betol!!
dahla pak cik tu cam rahsia2 jek...

luckily,kawan aku ada yang tunggu kat terminal,kalau takde alamatnya kena balik soranglaa...

p/s: pasni da tak nak naik bus ni ye..sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...