:::Ini Kisah tentang saye:::

Monday, February 28, 2011

mungkinkah???

Mungkinkah aku akan berhenti di pertengahan jalan???
ya Allah..kuatkanlah hatiku ini...


Friday, February 25, 2011

al-KisahNyaa...

nak tau x??
ce citer..ce citer..(=
Ichemtech(nama kos ak),kami ni boleh dikatakan antara kos yang paling aktif dalam kalangan 1st Year nih..

Ceewahh!!
mana tak nyer,macam2 program dah kitorang buat..
tapi..
untuk entry kali ni...aku nk citer cket sal baju keparat(koprat) khas untuk kos kitorang...
head leadernya Azziq..(dia ni mmg semangat lau buat keje)---Aku tabikk aaa...

sebelum tempah baju tu,semangat gler buat undian untuk memilih kaler baju..
macam2 ada...
bila tiba je mase nak p amek baju tu,kami semua memang xsabarla menanti..
lagi2 kami nak pakai tyme majlis penutup program khas kami di rumah ANAK YATIM SG BUAYA.....
ni nak jadikan cerita lagi...
jeng2....

kaler baju tu bukanla seperti yang kami inginkan...
sekali pandang memang kaler cam 'cleaner'..
tp,tryla pandang berkali-kali...
garenti korang mesti ckp lawa...
hahaha..
nak tengok???



:::

:::::::



:::::::::: LOADING:::::::::::::::



Model ni memang kami tempah khas...

haha...


tengokla ape kekurangannya pada baju ni..korang msti tak nampak kan...

lengan baju ni singkat ye..huhuhu...

okeylah..setakat ini sahaja..

jumpa lagi....

selamat malam!!!


=)

.

rinDu kaMooO..

walaupun hampir 2 Sem aku menetap di Bumi USIM ni..Aku belum lagi merasakan kebahagiaan seperyi yang dirasakan oleh sahabat2ku,mahupun mereka turut berada disini ataupun berada di U lain...
terkenang seorang sahabat yang kini berada di Mesir,Syukriyah razali..
Aku kagum dengan insan ini yang masih istiQamah dalam segala kebaikan yang dia lakukan..
sambil aku lawat blog2 sahabat,sambil2 aku on9 Fb..
aku dapat mesej dr Fb rini besday insan yang kurindui
Aku try la hantar mesej besday...kot2 ad respon kan,...
tup2..
tetibe mesej masuk!!
hah!.
perasaan yang teramat gembira xdapat digambarkan..
paling hepi,dapat panggilan daripadanya..
duniaku yang kelam,bagaikan bersinar,.,,
bertapa rindunya aku pada sahabat ini..

.
Sanah Helwah Syuk..
Aku doakan mu sentiasa dalam perlindunganNya,dan sentiasa isTiQamah dalam setiap Kebaikan...

Aku juga merindui sahabat2ku Yang lain...
mereka nilah sahabat seperjuanganku dulu..
sekarang??
mungkin aku adalah golongan 'tercicir' yang akak2 dan abang2 selalu ingatkan..
masa berlalu amat pantas..
pastinya kita xsedar setiap apa yang kita lakukan...
setiap kali aku teringatkan mereka,pasti gambar2 kenangan dulu akan aku teliti satu persatu,,,


.

















.

Buat Sahabat2 Sekalian..
walaupun kita berjauhan...
namun kalian tetap dihati ni...
Jika aku mampu mengundur masa,
Aku tidak akan mensia2kan masa berada di Bumi wakafan SHAMS...
Akulah insan yang paling bodoh kerana memutuskan hubungan kita yang terbina bertahun lamanya...
harapanku..
Kita akan bersama2 berkumpul pada suatu hari nanti...

"Lestarikan Ukhuwwah Fillah Abadan wa Abada"
.

Friday, February 18, 2011

Day after day
Time pass away
And I just can´t get you off my mind
Nobody knows ... I hide it inside
I keep on searching but I can´t find
The courage to show ...
To letting you know ...
I´ve never felt so much love before
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ...

CHORUS:

But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
How will I know?
If I let you go ...


Night after night

I hear myself sayin´
Why can´t this feeling just fade away?
There´s no one like you ...
You speak to my heart...
It´s such a shame we´re worlds apart ...
I´m too shuy to ask ...
I´m too proud to lose
But sooner or later I gotta choose
And once again I´m thinking aboutTaking the easy way out ...

CHORUS


Once again I´m thinking about ....

Taking the easy way out ....

CHORUS 

 Thanx...(=

Thursday, February 17, 2011

Dendam Yang Termanis | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dendam Yang Termanis | iluvislam.com + discover the beauty of islam

kisah ni dberikan oleh sahabatku..
thanx kpd cik aZraq..
dalam hidup ni mcm2 dugaan yg akan kita hadapi..
yang paling sakit,bila sahabat sendiri yang menikam dari belakang..
kalau diikitkan hati, macam2 yang aku nak balas kat mereka2 yang 'mulia lagi terhormat' ni..
aku bersyukur kerana masih ada mereka yang boleh membimbing diriku..
kepada mereka yang HIPOKRIT,moga kalian diberi petunjuk.
.

Sunday, February 13, 2011

satu janji

duhai hati..
percayalah,,janjiku padamu akan tetap ku pegang..
ketahuilah..
keputusanku ini demi masa depan kelak..
menggunung harapanku..
semoga dirimu juga turut berpegang..
..
.....
..........
pada janji yang satu...

buatmu yg dsayangi

Thursday, February 10, 2011





"kenapa mesti bergaduh kerana lelaki???"

"Keindahan berukhuwah akan terasa bila mana setiap kekurangan dibantu dengan kesempurnaan,kesedihan ditukar dengan kegembiraan,kekeruhan diganti dengan kejernihan..namun,ia bukanlah sesuatu yang mudah,sukar untuk dicapai,perit untuk dapatkan andai x dibajai dengan pengorbanan yang tinggi"

Wednesday, February 2, 2011

Mana Satu Pilihan Hati
 
 
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”



Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu  panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.



Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Tuesday, February 1, 2011

Untukmu dan Untukku

Apakah hatimu seperti batu?
Tidak sayu saudaramu dipalu,
Tidak pilu hilang peganganmu,
Tidak malu persendakan agamamu,
Biarkan nafsu menjaga dirimu.

Apakah kamu sudah lupa?
Pergerakanmu diperhatikan oleh Maha Esa,
'Illiyin dan Sijjin saksi rahsia di dada,
Terbongkar semua di hari Bencana,
Saat matahari seakan sejengkal dari kepala.

Rasulullah kekasihNya jadikan teladan,
Akhlaknya seperti al-Quran berjalan,
Kehadirannya membawa angin ketenangan,
Sentiasa berjalan memberi pesanan,
Ikutlah arahanNya laranganNya tingalkan.

Melihat mendengar nikmatNya padamu,
Langit dan bumi disediakan untukmu,
Gunakan akal dan mata hatimu,
Syukurlah dan sujud pada Tuhanmu,
Tunaikan perintahnya sehingga diseru.

Syurga dan neraka sudah dikhabarkan,
Sebagai hadiah juga amaran,
Setiap kamu bergelar insan,
Tiada terlepas dari perhitungan,
Kembalilah kepada sunnah Rasul dan al-Quran.

Marilah wahai saudara-saudaraku,
Bangunlah dari tempat beradu,
Bertaubatlah dari kesalahan lalu,
Janganlah lupa janganlah ragu,
Aku dan kamu milik Yang Satu.




 ku mohon kuatkan semangatku ini ,serta sahabat2ku yang dalam perjuangan mencari hidayahMu ya Rabbi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...