Aku yakin sepenuh hati, pasti dan pasti DIA Yang Satu akan mempertemukan kita ..
Aku tidak mencari yang pandai menyanyi.. cukup sahaja jika dia betul tajwid dan lancar bacaan al qurannya.. itu sudah melapangkan hati ini.. apatah lagi jika dia mampu menghafaz beberapa surah Allah.. MasyaAllah sesungguhnya inilah hadiah yang tersangat berharga bagi ku..kerana dia lah insan yang akan memimpinku dalam setiap laku ku termasuklah menjadi imamku di setiap solat ku…
Tidak perlu juga dia seorang yang bersuara merdu.. asalkan bacaan al qurannya di baca dengan penuh penghayatan dan takwa.. sudah pasti akan terkesan juga di hati ini…dan asalkan tiap bicaranye membawaku kepada sejuta penyesalan dn keinsafan.. dimana kata katanya begitu sarat dengan butiran hikmah dan nasihat buat diri ku yang kealpaan…dengan itu aku sudah benar2 bersyukur Ya Rahman.. kerana setiap butiran kata2nya membawaku lebih dekat padaMU…
Dan tidak lah satu keperluan untuk ku jika dia berpuitis orangnya.. tidak perlu dia bermadah madah dengan ku.. cukup sahaja dia bermadah kepada dambaan cinta kami yang Satu.. iaitu engkau Ya Allah.. cukuplah jika diri nya merayu kepada Mu..meyusun kata2 keinsafan dan memohon pertolongan dariMu.. pasti diri ini akan terpujuk juga dengan untaian kata kata penuh pengharapan dan penuh dengan roh kehambaan kepadaMU…
Aku juga tidak mencari yang kaya raya,, kerna duniawi bukan tujuan aku dan dia.. Maka seharusnya tidak perlu menghantar hantaran berdulang dulang serta mahar tinggi yang akan membuat hatiku buta dalam menilai erti sebenar kita ’ditemukan’ atas dasar agama dan keimanan kepadaNYA.. seharusnya duniawi bukan kayu ukurnya.. kerana aku memandang yang lebih bernilai dari diri mu.. ketakwaanmu kepada cinta kita Yang Satu..
Dan aku tidak mengharapkan dia seorang yang akan memanjakan aku dengan pelbagai kesenangan.. aku ingin diri ini,jasad ini malah segala kudrat ini terus di sumbang ke jalanNYA.. jangan kau biarkan aku bersenang lenang dalam kelapangan waktu yang bakal merosakkan diri ku.. aku ingin kau lah yang akan menghentikan lena duniawiku dengan kesyahduan munajat berqiamullail kepadaNYA..
Aku ingin kau tegas dalam membentuk diri ku menjadi sayap kiri perjuanganMU.. Malah mengingatkan diri ini untuk tidak menjadikan kau sebagai hak milik ku… malah, kau hanyalah sekadar pinjaman kepadaku..kerna ku tahu..dan benar benar tahu sesungguhnya kau milik DIA.. yang pasti akan menemuiNYA.. dan aku mahu diriku ini gembira menghantar kau ke medan perang malah berbesar hati sekiranya zuriat juga mampu aku hantar untuk syahid di medan perjuangan..
Sesungguhnya aku tak memerlukan apa2.. kecuali seorang insan yang pada peribadinya dan tingkah lakunya sendiri sudah cukup membuatkan aku sentiasa dekat denganNYA…
Cukup dengan gerak laku nya membuat aku ingin lebih dekat dgn MU…
Cukup dengan bacaan alqurannya mampu melembutkan hatiku yang keras ini tehadapMu .
Cukup dengan tata bicaranya yang membuatkan ku lebih mencintaiMU Ya Allah..
Cukup dengan air muka nya yang tenang mampu membuat diri ini damai dalam agamaMU..
Cukup sekadar itu…
Cukupkah sekadar itu??
Tidak cukup… kerana aku juga tidak seperti dia yang aku gambarkan di atas,,, Diri ini terlalu jauh dari apa yang aku harapkan dari dia.. teringat akan firman dariNYA..
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Aku mengharapkan dia adalah seseorang yang mampu menunjukkan izzah islam hanya melalui perlakuan dirinya sendiri.. bagaimana pula aku?? Mampukah aku membuat orang jatuh cinta kepada Allah hanya dengan tingkah laku aku sendiri?? Layakkah diri ini di gelar muslimah solehah???layakkah??
Muslimah solehah… idaman setiap makhluk muka bumi.. tapi malang seribu kali malang..aku tidak termasuk dalam golongan..
***********
Aku bukanlah ingin menjadi si peminta..dan sama sekali tidak ingin di label sebagai ’demander ’…Kerana aku benar benar menyedari hakikat diriku yang turut dipenuhi pelbagai kelompangan,, Jadi, tidak mengapa andai dia bukan seperti yang aku perkatakan sebelum ini…tapi cukup sahaja jika dia mampu menunaikan hanya 1 permintaan ku ini…
bahawasanya ketahuilah,tiada apa yang ingin ku pinta darimu kecuali yang ini sahaja…
Wahai pemimpinku..Bolehkah kau membantu aku untuk menjadi wanita solehah yang dicemburui bidadari di jannah??.. ;’(
Hanya itu pintaku yang satu….. bisakah??